Thursday 22 January 2015

Najjah Sayang

“ya, aku jahat. Salah ke aku ni jahat. Aku ni kan anak terbuang.” Jerit Najjah memandang ibunya yang duduk di muka pintu rumah. Bengang sungguh dirinya apabila Puan salmah menegur kelakuannya yang semakin menjadi – jadi sejak kebelakangan ini. Puan Salmah menundukkan pandangannya. Tak sanggup baginya untuk memandang wajah permata hatinya itu yang sedang memarahi dirinya. hanya dengusan yang keluar sebagai butir bicara Puan Salmah.

“kenapa ibu senyap? Cakap lah lagi ibu! Cakap!”bentang Najjah seraya memasuki biliknya. Pintu dihempas dengan sekuat hatinya. Bergema ruang tamu rumahnya dengan tindakan Najjah itu. Puan Salmah bangun dan menuju ke dapur. Berusaha dia menyeka air mata yang mengalir laju ke pipinya dengan hujung lengan baju kurungnya itu.

“bila kau nak faham, yang ibu sangat menyayangi kau, Najjah. Kau satu – satunya anak ibu yang masih hidup” getus hati Puan Salina. Terimbau kembali sejarah hitam yang menyebabkan keluargnya porak peranda

“mak tak suka kau bela anak angkat ni. Kang lama – lama kau yang terangkat tau. Tak mana asal usulnya , kau tak tahu. Mak tak setuju kau bela anak angkat. Kalau kau nak anak, kau kahwin la lain. Mak ada calon untuk kau ni.” Bebel seorang perempuan dalam lingkungan umur 50-an ni.

“ Mak, saya tak mahu kahwin lagi. Cukup lah sekali saya menikah dengan arwah abang, mak. Saya tak akan menikah lagi mak.” Ujar Salmah dalam esakan yang mengharap maknya akan memahami kehendak dirinya. wanita tua ini terus berlalu ke dalam biliknya dan membiarkan Salmah termangu di ruang tamu rumahnya. Kedengaran wanita tua ini membebel dari dalam biliknya.

“ Mak, tak benarkan kau bela anak angkat. Kau faham? Kau nikah saja dengan anak si penjual Sate kat kampong kita ni. Lagi baik dari kau bela anak siapa yang ada keturunan yang kau tak tahu. Menyusahkan hidup kau je. Dah la kau tu janda.” Merungut wanita tua itu.

Salmah bangun dan terus meninggalkan rumah. Kereta yang dipandunya menuju rumah anak yatim Kasih Sayang. Dirinya nekad untuk memelihara seorang anak angkat perempuan, yang akan jadi pengubat rindu bagi kehilangan anak dan suami tercinta yang kemalangan dua bulan lalu. Akan dinamai anak angkatnya itu sama dengan arwah anaknya. Najmah Nashih yang membawa maksud sebuah bintang yang bersinar – sinar dan bersih akhlaknya.

Puan Salmah tersentak apabila terdengar deruman enjin kereta meninggalkan kawasan rumahnya. Dijenguknya keluar tingkap dan sebuah kereta Sawy hitam menderum laju kelihatan. Puan Salmah mengelengkan kepalanya.

“ ya ALLAH, kau selamatkan lah anak aku tak kira di mana sahaja dia berada. Kau bantu lah Najjah mencari jalan yang benar dalam hidup ini ya ALLAH.” Doa Puan Salmah mengiringi perjalanan Najjah yang menuju entah ke mana.

“Apasal kau ni? Monyok semacam je aku tengok.” Tegur Intan sebaik sahaja Najjah melabuhkan punggungnya di sebelah Intan. Najjah mengelengkan kepala tanda tiada apa – apa masalah.

“ Yelah kau ni, kau tak kan macam ni kalau kau tak bergaduh dengan ibu kau kan?” Najjah memandang Intan.

“Tak payah lah kau nak tahu. Ni hal aku dengan ibu aku la!.” Bentang Najjah. Intan mendengus dan mengangkat tangan kanannya sebagai tanda kalah dan tak akan masuk campur dalam hal Najjah.

Sepasang mata telah memerhati tingkah laku Najjah dan Intan dari jauh. Sepasang mata ini sangat redup sekali pandangannya. Bibinya mengukir senyuman apabila Intan mencebik bila dimarahi oleh Najjah. Sebenarnya hatinya sudah tertarik untuk mengenali Najjah yang kelihatan sangat menarik di matanya. Najjah yang berbaju T – baby dan mengenakan sehelai Jean biru lusuh ketat serta rambut blonde rebonding itu sungguh tidak kesesuaian di matanya.

“ Alangkah indahnya jika wanita ini mengenakan sehelai tu hijap di kepalanya dan mengenakan sehelai T – shirt berlengan. Sudah cukup cantik bagi aku. Kulit putih dan gebunya harus ditutup supaya tidak mendatangkan fitnah dari sesiapa sahaja, dan senyumannya mungkin sangat menarik untuk ditatapi oleh sesiapa sahaja.” Bibirnya pantas memberikan pandangan terhadap Najjah yang duduk berselang 3 meja sahaja darinya. Dia menundukkan pandangannya apabila Najjah sekali sekala memandang dia dengan pandangan yang pelik.

“Lelaki itu asyik pandang kau dari tadi lah.” Tegur Intan. Najjah yang membelakangi lelaki itu segera menoleh dan melihat lelaki itu tidak memandangnya.

“Mana ada dia pandang aku? Kau merepek je lah.” Balas Najjah yang tersipu – sipu apabila ditegur oleh Intan.

“Ha, merah dah muka kau tuh. Aduh kau ni, perangai punya lah ganas tapi boleh tersipu – sipu depan lelaki kan?.” Gelak Intan memecahkan suasana restoran yang sepi dari hiruk pikuk suara manusia. Segera ditutup mulutnya apabila Najjah tiba – tiba bangun dan menuju ke arah lelaki itu. Intan menepuk dahinya seraya mengikut langkah Najjah.

“Awak pandang saya ke?.” Teguran dari Najjah amat memeranjatkan lelaki itu. Tak disangka Najjah sangat berani menegurnya. Lelaki itu hanya tergelak kecil dan membiarkan Najjah terpinga – pinga melihatnya.

“Awak ni pekak ke apa? Atau awak tak faham apa yang saya kata?.” Najjah mula meninggikan suaranya. Intan hanya memerhati seperti tikus kecil di sisi Najjah.

“Siapa nama kamu, wahai wanita yang tulus menawan?.” Balas lelaki itu. Najjah mendengus perlahan.

“Najjah. Nama saya Najjah Nashih!. Puas hati?.” Najjah bercekak pinggang sebagai tanda protes.

“Sangat merdu nama kamu. Sebutir bintang yang sangat bersih dan bersinar – sinar. Itukan makna nama kamu? Ibu dan ayah kamu sangat pandai memilih nama untuk kamu.” Najjah hanya membuntukan dirinya dan hanya mendengar sahaja pertuturan lelaki itu.

“Kamu tahu tak? Nama merupakan sebuah doa. Kamu di doakan hari – hari oleh orang tua kamu dengan memanggil nama kamu tau.” Najjah duduk di kerusi berhadapan lelaki itu. Penat dan lengguh kakinya yang mengenakan kasut Vincci yang bertumit 4 inci apabila berdiri lama- lama.

“Nama kamu siapa pula?.” Balas Najjah.

“Nama saya ialah Mohd Rasyad.” Ujar lelaki itu sambil tersenyum.

“Maknanya apa?.” Tanya Najjah. Intan yang memerhati hanya tersenyum apabila melihat Najjah menjadi lemah lembut secara tiba – tiba.

“Maknanya ialah, ketulusan perilaku. Kiranya sesiapa yang mempunyai nama Rasyad ini akan mempunyai tingkahlaku dan sikap yang baik dan sopan. Insyaallah.” Najjah tersenyum apabila melihat Rasyad tersenyum. Sangat manis senyuman Najjah ni,getus perasaan Rasyad.

Perubahan yang ditunjukkan oleh Najjah di rumah sangat menyenangkan hati Puan Salmah. Najjah tidak lagi berkelakuan buruk dan sudah lembut butir bicaranya pada Puan Salmah. Tidak lagi menengking dan mengherdik ibunya. Puan Salmah tertanya – tanya penyebab kepada perubahan tingkahlaku Najjah.

“ Sebenarnya mak cik, Najjah sudah terjumpa seseorang yang mampu mengawal sikap Najjah yang panas baran tu.” Ujar Intan kepada Puan Salmah apabila dia di ajak berjumpa pada petang itu.

“Siapa lelaki itu? Najjah suka dengan dia ke?.” Intan tersenyum dan mengangguk. Puan Salmah tersenyum. Akhirnya anaknya itu bertemu juga dengan seseorang yang mampu membuat Najjah berubah sikap.

“Alhamdulillah, kalau begitu. Em, mak cik boleh jumpa lelaki itu tak?.” Intan mengangguk dan berjanji akan mengatur suatu pertemuan antara Puan Salmah dengan Rasyad kelak.

Pertemuan Puan Salmah dengan Intan kelmarin betul – betul mengundang pelbagai perasaan kepada dirinya. begitu syukur pada Ilahi kerana masih diberikan kesempatan untuk melihat satu – satunya ini merubah sikapnya yang buruk dan melangsungkan perkahwinan. Namun, hatinya tersentak akibat pertanyaan Najjah pada malam semalam.

“Ibu, Najjah nak tanya sesuatu ni.” Puan Salmah menoleh ke arah Najjah yang tiba – tiba muncul dibelakangnya ketika Puan Salmah menonton berita di TV3. Puan Salmah menepuk kusyen di sebelahnya supaya Najjah duduk bersembang dengannya.

“Boleh ke Najjah kahwin , ibu. Najjah tak ada wali kan?.” Puan Salmah agak terkejut kerana pertanyaan Najjah. Puan Salmah tidak sangka bahawa Najjah akan menyatakan hasratnya ingin mendirikan rumah tangga. Ketika ini umur Najjah sudah pun menjangkau 29 tahun dan sememangnya sudah patut bernikah.

“Najjah ingin berkahwin?.” Najjah mengangguk malu sambil matanya memandang ke kaca peti televisyen di hadapannya.

“Najjah ada minat seorang ibu. Najjah nak bersama dia ibu. Boleh kan ibu.” Tanyanya sambil melihat raut muka wanita berusia hampir 53 tahun ini tersenyum manis sehingga menampakkan garis – garis kedutan muncul di muka ibunya ini.

“Setiap wanita yang ingin berkahwin mesti ada wali, sayang. Kita boleh guna wali hakim untuk menikahkan Najjah nanti. Jadi, jangan lah Najjah risau. Ibu sentiasa menyokonh Najjah asalkan apa yang Najjah buat itu betul.” Bergenang airmata Najjah mendengar pertuturan ibunya. Terasa begitu bersalah terhadap Puan Salmah kerana perlakuannya yang sungguh buruk terhadap ibunya lalu. Berjanji pada dirinya, Najjah tidak akan melakukan sesuatu yang akan menyakitkan hati ibunya itu lagi.

“Saya menyayangi dan menyukai kamu, Najjah. Sejak pertemuan pertama kita lagi.” Najjah tersenyum namun membisu. Seakan tidak percaya bahawa dia akan menemui seseorang yang akan mencintai dan menyayangi dirinya sepenuh hatinya.

Mahligai yang bakal dibina tidak lama lagi dinanti dengan penuh gementar dan gembira. saat dihijabkabulkan dengan jejaka yang mengubah dirinya kepada sesuatu yang lebih baik sangat ditunggunya. keserian wajahnya jelas terpancar di setiap senyuman dan lirikan matanya. sisiran rambutnya sudah tidak akan kelihatan di hadapan bukan mahramya. sudah kemas tersimpan rapi disebalik hijap yang membalutinya serta labuhan bajunya menutupi pinggulnya juga kelihatan cantik menambahkan kelangsingan dan kesuciannya dirinya terpelihara hanya untuk bakal suaminya. Puan Salmah sangat sibuk menguruskan majlis perkahwinan Nadjah yang bakal berlangsung seminggu sahaja lagi. Nadjah hanya menyerahkan segalanya pada Puan Salmah untuk memperlengkapkan suasana bahagia itu nanti. namun, setiap manusia mampu merancang tetapi ILAHI akan menetukannya.

Disangkakan panas hingga ke petang, namun tidak disangka hujan ditengah hari.